Wednesday, October 8, 2014

Review Game Destiny PS4


Salam sejahtera. Kali ni saya akan membuat review mengenai Destiny. Diharapkan review ini tidak terlambat walaupun v'game tersebut telah pun 'release' pada 9 September 2014.

Sedikit mengenai latar belakang Destiny. V'game ini dibangunkan oleh Bungie (pembangun v'game Halo yang popular di konsol Xbox) dan diterbitkan oleh Activision (penerbit siri Call of Duty). Berkonsepkan sains fiksyen dan 'online first-person shooter'. Mengisahkan kejadian di bumi beberapa ratus tahun pada masa hadapan selepas kemusnahan dunia akibat serangan kuasa kejahatan. 

Pemain akan memainkan watak sebagai pelindung (Guardian) kota terakhir manusia iaitu The Tower. Terdapat tiga kelas unit yang boleh dipilih iaitu Titan, Hunter dan Warlock dan tiga kaum iaitu Manusia, Awoken dan Exo. Setiap kelas ini mempunyai kelebihan masing-masing. 


Apa yang menarik mengenai permainan ini?
  • Bermain bersama-sama pemain lain dalam menyelesaikan misi. Anda boleh mengajak pemain lain menyertai pasukan fireteam anda (terhad kepada tiga orang sahaja).
  • Visual yang menarik dan cantik.
  • Pemain boleh mengubah penampilan karekter melalui pakaian dan kelengkapan yang berbeza termasuk warna.
  • Mempunyai tiga mode permainan iaitu Story, Strike dan Crucible (PvP).
  • AI musuh yang bijak di mana mereka akan mencari tempat perlindungan dan menyembunyikan diri jika melihat anda.
  • Menyediakan banyak tempat yang boleh diterokai pemain seperti The Tower, Bumi, Bulan, Zuhrah dan Marikh.
Kelemahan/kekurangan.
  • Memerlukan kemudahan intenet untuk bermain (wajib). 
  • Pemain mungkin akan cepat bosan kerana bermain misi dan tempat yang sama.

Friday, July 11, 2014

PlayStation 4

Setelah tujuh tahun PlayStation 3 (PS3) dilancarkan, pihak  Sony akhirnya melancarkan PlayStation 4 (PS4) iaitu konsol generasi baharu (next gen) pada 15 November 2013. Di Malaysia, ia dilancarkan secara rasminya pada 20 Disember 2013 dengan harga RM1799 (harga set sahaja). Pembeli akan mendapat, 1 unit konsol, 1 unit DS4, 1 unit headset, 1 unit kabel kuasa dan 1 unit kabel HDMI selain daripada manual dalam set tersebut.

Konsol 'Next Gen' ini dikatakan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menarik dan dipertingkatkan daripada konsol sebelumnya iaitu PS3.

Spesifikasi Teknikal Konsol:
  • CPU : x86-64 AMD Jaguar 8 core
  • GPU : AMD Radeon 1.84 TFLOPS
  • Memori : GDDR5 8GB
  • HDD : 500 GB (pengguna boleh upgrade sendiri ke kapasiti yang lebih besar)
  • USB 3.0
  • Ethernet (10BASE-T, 100BASE-TX, 1000BASE-T)
  • IEEE 802.11 b/g/n
  • Bluetooth® 2.1 (EDR)
  •  HDMI
  • Digital Output (optical)
Dualshock 4 
Dualshock 4 (DS4) menggunakan sambungan yang sama seperti Dualshock 3 (DS3) iaitu menggunakan sistem wireless Bluetooth 2.1+EDR. Walaupun bagitu DS3 tidak serasi untuk digunakan bersama dengan PS4. DS4 mempunyai dua point capacitative pad sentuh di bahagian tengah dan boleh ditekan (klik). Butang 'select' telah digantikan butang 'share' di mana pengguna boleh menekan butang tersebut semasa permainan untuk dikongsi bersama rakan.

Controller ini juga dilengkapi dengan stereo jack 3.5mm yang mana pengguna boleh sambungkan dengan headset yang dibekalkan (headset yang lain pun boleh). Satu speaker kecil disediakan di DS4 untuk menambahkan pengalaman bermain yang berbeza melalui PS4. Mempunyai bar lampu di bahagian depan controller sabagai panduan pengguna. Pengguna melaraskan kecerahan lampu tersebut sama ada terang atau malap mengikut kesesuaian (PS4 perlu diupdate terlebih dahulu).



Kamera
Kamera PlayStation yang boleh mengesan pergerakan ini perlu dibeli secara berasingan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, pihak Sony juga menyediakan set bundle yang mana didatangkan sekali bersama dengan kamera. Kamera ini berharga sekitar RM220 hingga RM250 di pasaran.

Selain daripada itu, PS4 turut menyokong PS Vita, smartphone dan tablet. Pengguna perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi daripada Google Play.