Konsol 'Next Gen' ini dikatakan mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menarik dan dipertingkatkan daripada konsol sebelumnya iaitu PS3.
Spesifikasi Teknikal Konsol:
- CPU : x86-64 AMD Jaguar 8 core
- GPU : AMD Radeon 1.84 TFLOPS
- Memori : GDDR5 8GB
- HDD : 500 GB (pengguna boleh upgrade sendiri ke kapasiti yang lebih besar)
- USB 3.0
- Ethernet (10BASE-T, 100BASE-TX, 1000BASE-T)
- IEEE 802.11 b/g/n
- Bluetooth® 2.1 (EDR)
- HDMI
- Digital Output (optical)
Dualshock 4 (DS4) menggunakan sambungan yang sama seperti Dualshock 3 (DS3) iaitu menggunakan sistem wireless Bluetooth 2.1+EDR. Walaupun bagitu DS3 tidak serasi untuk digunakan bersama dengan PS4. DS4 mempunyai dua point capacitative pad sentuh di bahagian tengah dan boleh ditekan (klik). Butang 'select' telah digantikan butang 'share' di mana pengguna boleh menekan butang tersebut semasa permainan untuk dikongsi bersama rakan.
Controller ini juga dilengkapi dengan stereo jack 3.5mm yang mana pengguna boleh sambungkan dengan headset yang dibekalkan (headset yang lain pun boleh). Satu speaker kecil disediakan di DS4 untuk menambahkan pengalaman bermain yang berbeza melalui PS4. Mempunyai bar lampu di bahagian depan controller sabagai panduan pengguna. Pengguna melaraskan kecerahan lampu tersebut sama ada terang atau malap mengikut kesesuaian (PS4 perlu diupdate terlebih dahulu).
Kamera
Kamera PlayStation yang boleh mengesan pergerakan ini perlu dibeli secara berasingan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, pihak Sony juga menyediakan set bundle yang mana didatangkan sekali bersama dengan kamera. Kamera ini berharga sekitar RM220 hingga RM250 di pasaran.
Selain daripada itu, PS4 turut menyokong PS Vita, smartphone dan tablet. Pengguna perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi daripada Google Play.



No comments:
Post a Comment