Wednesday, October 8, 2014

Review Game Destiny PS4


Salam sejahtera. Kali ni saya akan membuat review mengenai Destiny. Diharapkan review ini tidak terlambat walaupun v'game tersebut telah pun 'release' pada 9 September 2014.

Sedikit mengenai latar belakang Destiny. V'game ini dibangunkan oleh Bungie (pembangun v'game Halo yang popular di konsol Xbox) dan diterbitkan oleh Activision (penerbit siri Call of Duty). Berkonsepkan sains fiksyen dan 'online first-person shooter'. Mengisahkan kejadian di bumi beberapa ratus tahun pada masa hadapan selepas kemusnahan dunia akibat serangan kuasa kejahatan. 

Pemain akan memainkan watak sebagai pelindung (Guardian) kota terakhir manusia iaitu The Tower. Terdapat tiga kelas unit yang boleh dipilih iaitu Titan, Hunter dan Warlock dan tiga kaum iaitu Manusia, Awoken dan Exo. Setiap kelas ini mempunyai kelebihan masing-masing. 


Apa yang menarik mengenai permainan ini?
  • Bermain bersama-sama pemain lain dalam menyelesaikan misi. Anda boleh mengajak pemain lain menyertai pasukan fireteam anda (terhad kepada tiga orang sahaja).
  • Visual yang menarik dan cantik.
  • Pemain boleh mengubah penampilan karekter melalui pakaian dan kelengkapan yang berbeza termasuk warna.
  • Mempunyai tiga mode permainan iaitu Story, Strike dan Crucible (PvP).
  • AI musuh yang bijak di mana mereka akan mencari tempat perlindungan dan menyembunyikan diri jika melihat anda.
  • Menyediakan banyak tempat yang boleh diterokai pemain seperti The Tower, Bumi, Bulan, Zuhrah dan Marikh.
Kelemahan/kekurangan.
  • Memerlukan kemudahan intenet untuk bermain (wajib). 
  • Pemain mungkin akan cepat bosan kerana bermain misi dan tempat yang sama.

No comments:

Post a Comment